Tuesday, 27 November 2012
Mari membaca 5
Ida naik kuda.
Rita naik unta.
Bala main guli.
Zuli main bola.
Bijak Baca- Baca 4
Bunyikan diftong, vokal berganding dan perkataan.
1. ai air baik
2. au daun pisau
3. oi amboi dodoi
4. aa taat saat
5. ae daerah faedah
6. ia dia piala
7. iu periuk tiup
8. ua buaya tuala
9. ui duit kuih
10. oa doa soal
1. ai air baik
2. au daun pisau
3. oi amboi dodoi
4. aa taat saat
5. ae daerah faedah
6. ia dia piala
7. iu periuk tiup
8. ua buaya tuala
9. ui duit kuih
10. oa doa soal
Monday, 26 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
Mari membaca 4
Oh, ayah! Oh, ibu !
Aku cinta padamu.
Oh, abang ! Oh, kakak !
Aku sayang padamu.
Terima kasih semua.
Keluarga kita bahagia.
Kita sentiasa ceria.
Mari membaca 3
Saya ada kepala.
Saya ada badan.
Saya ada dua belah tangan.
Saya ada dua belah kaki.
Saya sayang diri saya.
Monday, 19 November 2012
Mari membaca 2
Siapakah yang mengajar kamu?
Guru mengajar kami,
Kami dengar kata guru,
Kami gembira belajar di bilik darjah.
Thursday, 8 November 2012
Aktiviti Pra - Menanam sayur
Aktiviti ini ialah bagi murid menanam sayur sendiri. Murid - murid mengikut cara yang ditunjukkan oleh guru. Selepas sudah menyiapkan , murid -murid akan bergilir- giliran menjaga dan menyiram sayur. Murid -murid sangat suka aktiviti ini.
Aktiviti Pra- Mencuci sapu tangan
Murid-murid menunjukkan sapu tangan sendiri.
Murid -murid mencuci sapu tangan mengikut kumpulan.
Murid-murid lelaki juga pandai mencuci sapu tangan.
Nampaknya , mereka sangat gembira dengan aktiviti ini.
Aktiviti Pra - Permainan doh
Gembiranya murid-murid bermain doh.
Murid-murid mebuat doh dengan bersungguh-sungguh.
Murid- murid berusha menyiapkan hasil kerja mereka.
Gembiranya.... murid ini dapat membuat buah durian dan buah manggis.
Akhirnya, murid -murid dapat membuat doh mengikut model yang ditunjukkan oleh guru.
Aktiviti Pra- Membuat hiasan Tahun Baru Cina
Murid -murid sedang melipat dan gunting kertas ang pow mengikut cara yang ditunjuk oleh guru.
Murid -murid menunjukkan hasil karya mereka.
Wednesday, 7 November 2012
Tema: Bunga- bungaan 1
Bunga raya ini berwarna merah.
Bunga matahari ini berwarna kuning.
Bunga kertas ini berwarna ungu.
Bunga melur ini berwarna putih.
Bunga teratai ini berwarna merah jambu.
Tema: Tumbuh-tumbuhan
Ini pokok kelapa.
Pokok kelapa tinggi.
Ini pokok durian.
Pokok durian besar.
Ini pokok rambutan.
Pokok rambutan banyak buah.
Ini pokok pisang.
Daun pokok pisang panjang.
Tuesday, 6 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)